Saturday, 10 December 2016

Asas Keusahawanan assignment


Image result for dato jimmy choo



Apabila berbincang mengenai fesyen, Dato’ Jimmy Choo merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang fesyen tanah air malah ke peringkat global. Siapakah beliau? Dato’ Jimmy Choo merupakan pereka kasut terkenal malah juga seorang pembuat kasut yang mahir dengan rekaannya yang tersendiri dan bersifat eksklusif.Beliau dilahirkan di Pulau Pinang,Malaysia pada tahun 1961 dimana asal usul perniagaan kasutnya adalah bermula daripada ayahnya yang menjalankan perniagaan kasut.Selain seorang yang berdedikasi, beliau juga mempunyai beberapa ciri yang menjadikan beliau seorang usahawan yang tersohor di mata dunia.
Ciri pertama yang terdapat dalam diri beliau ialah bijak mengambil peluang.Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau menambahkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kasut dengan cara bekerja sebagai penolong pereka fesyen di sebuah kilang di Hackeny, London setelah tamat pengajian selama dua tahun.Selepas bekerja keras, dan yakin dengan kamampuan dengan berbekalkan pengalaman selama dua tahun,beliau berjaya membuka kedai kasut miliknya sendiri dengan menyewa sebuah bangunan hospital lama yang ditinggalkan di Malaysia.
Selain daripada bijak mengambil peluang, Dato’ Jimmy Choo juga seorang yang mempunyai hubungan jaringan yang kuat. Sebagai contohnya,pada tahun 1996, beliau memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut di Itali bersama dengan rakan kongsinya Tamara Mellon yang merupakan editor majalah British Vogue. Penubuhan syarikat ini adalah lebih menjurus kepada pengeluaran kuantiti kasut yang lebih besar. Manakala pada 21 April, Dato’ Jimmy Choo mengumumkan satu lagi perjanjian perkongsian dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang membolehkan syarikat tersebut memperoleh saham-saham beliau.Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan malah dilantik menjadi CEO di syarikat Dato’ Jimmy Choo. Ini membuktikan bahawa beliau seorang penjalin hubungan yang bagus.
          Selain itu, Dato’ Jimmy Choo juga seorang yang berkomitmen dalam menjalankan perniagaan dan menguruskan syarikatnya.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, komitmen bermaksud sikap atau pendirian serta perbuatan yang memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau juga menunjukkan sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada sesuatu. Komitmen merupakan salah satu ciri ciri aspek keusahawanan yang harus ada dalam diri usahawanan. Kebanyakan usahawan yang berjaya pastinya mempunyai komitmen yang tinggi dalam melakukan tugasan mereka bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa usahawan perlulah mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus memajukan pernigaan mereka.
           Bagi membuktikan beliau seorang yang berkomiten, Dato’ Jimmy Choo juga bertindak sebagai seorang pembuat keputusan didalam butik dan syarikatnya. Ciri komitmen yang ada dalam dirinya telah membantu beliau utnuk menjadi seorang peniga yang cemerlang dan kreatif. Di mana, dia harus memikirkan apa sahaja yang terbaik untuk syarikatnya dan bagaimana untuk mendapatkan ramai pelanggan dan akhirnya untuk memastikan kualiti barangan sentiasa terjamin. . Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Sebagai pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan sebagai perunding. Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut (usahawan.com). Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk mereka membuat keputusan.
Di samping itu,bagi seorang pereka kasut yang terkenal iaitu Dato’ Jimmy Choo, semestinya beliau memiliki sifat kreatif dan inovatif dalam diri. Dato’ Jimmy Choo sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai selesa dan selamat walaupun bertumit tinggi. Kasut yang direka oleh beliau sangat berbeza dengan fesyen kasut yang sedia ada. Ianya juga berupaya melambangkan seseorang sebagai si pemakai. Segala kasut yang dihasilkan oleh beliau dikaitkan dengan gaya kemewahan dan ketulinan. Contoh kasut tersebut adalah kasut yang bertatahkan permata dan berlian. Oleh itu, tidak hairan lah sekiranya dilihat harga bagi kasut di bawah jenama Dato’ Jimmy Choo tersebut mampu untuk mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Ciri yang terakhir ialah berkeyakinan tinggi.Datuk Jimmy Choo adalah seorang usahawan yang berkeyakinan tinggi contohnya beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa yakin yang perniagaannya akan berjaya. Selepas tamat pengajiannya di London, beliau telah mencuba untuk membuka kedai kasutnya sendiri dengan menyewa bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Selama 4 tahun perniagaan beliau amat mendukacitakan kerana jualan kasutnya yang tidak mendapat perhatian pelanggan. Namun beliau tetap meneruskan perniagaannya dengan bertungkus lumus sehinggalah pada satu masa rekaan kasut beliau mendapat liputan di majalah Vogue iaitu majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali ramai akan tetapi beliau masih lagi kecewa kerana walaupun mendapat liputan di media, jualannya tetap terus merosot. Setelah 4 tahun berlalu, nasib telah menyebelahi Dato’ Jimmy Choo apabila mendiang Princess of Wales, Puteri Diana telah berminat dengan rekaan kasut beliau dan lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan kasut beliau. Nama Jimmy Choo pula kemudiannya terus melonjak naik sehingga ke persada antarabangsa.

 Image result for jimmy chooImage result for jimmy choo

KESIMPULAN
Sememangnya Dato’ Jimmy Choo telah memenuhi segala ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang berjaya. Dengan sebab itulah rekaan fesyen beliau telah diterima dan terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun, sebelum kejayaan dalam bidang rekaan fesyen ini dicapai, sememangnya terlalu banyak cabaran yang beliau terpaksa lalui. Walaupun agak sukar, namun Dato’ Jimmy Choo tetap memiliki semangat yang sangat kuat untuk mengaharunginya. Hal ini kerana setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan bagi menempah sesuatu kejayaan. Konsisten dan kekal bersemangat adalah kunci utama yang perlu ada pada seorang usahawan untuk memastikan perniagaan yang diusahakan terus berkembang maju walau diduga dengan pelbagai rintangan.

No comments:

Post a Comment